BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 31 Ogos 2010

Episod 1 - Bahagian 1

TRAGEDI DISEBALIK MEMORI
EPISOD 1

“Ayah, sakit ayah!” rintih seorang budak perempuan.

“Abang, cukuplah tu, Suraya tu anak kita, bang,” ibu budak yang bernama Suraya itu sedaya upaya menghalang libasan rotan itu daripada meratah tubuh anaknya.

“Aku tak pernah ajar dia buat kerja terkutuk macam tu,” lelaki yang digelar ayah oleh Suraya masih memukulnya dengan rotan sebesar ibu jari itu.

“Aduh, sakit ayah!” jerit Suraya lagi. Dia sudah tidak mampu mengelak. Akhirnya, dia terjelepok sambil menahan sakit. Afza binggung, kenapa dia harus berada di sini. Kenapa dia yang harus menyaksikan semua ini. Tiba-tiba, darah pekat mengalir dari kaki Suraya. Afza tergamam.

“Ayah, ibu, sakit!” kata Suraya sambil memegang perutnya. Afza yang panik terus berlari ke luar, dia lansung tidak berani menoleh walaupun sesaat. Langkahnye sungguh laju sehingga dia terjatuh kerana tersandung sesuatu.

“Afza, tolong saya!” Afza segera menoleh ke atas perlahan-lahan. Kelihatan Suraya sedang berdiri di hadapannya dengan baju berlumuran darah.

“Tolong saya,” air mata Suraya menitik setitis demi setitis. Afza menggigil. Dia segera bangun dan berlari. Namun, bayangan budak perempuan itu masih mengekorinya.

“Pergi!” jerit Afza. Tiba-tiba, kepalanya terhantuk sesuatu. Kepalanya berpinar. Dia cuba membuka matanya. Peluh dingin mengalir di seluruh tubuhnya.

“Afza, kamu mimpi buruk lagi ya,” tegur ibunya. Afza beristigfar panjang. Dia memegang kepalanya yang sakit.

“Terhantuk besi katil rupanya,” kata Afza perlahan.

“Pergi basuh muka, ambil wuduk, sembahyang Asar sana, dah azan dah tadi,” kata ibu Afza. Afza hanya mengangguk lemah. Dia segera bangun dari katil dan menuju ke balkoni di biliknya.

“Baru pindah dua hari, aku dah mimpi macam-macam, tapi kenapa mimpi ni berulang,” kata Azfa sendirian.

“Akim, nak balik aku punya buku,” jerit seorang budak perempuan. Afza hanya memerhatikan gelagat mereka berdua. Akim berlari-lari anak sambil menyembunyikan buku itu.
“Suka hati aku nak bagi ke tak, kau sibuk kenapa,” balas budak lelaki bernama Akim itu. Afza hanya menggelengkan kepala. Budak perempuan itu tadi tersenyum ke arahnya. Afza membalas senyuman itu sebelum melangkah masuk ke dalam.

***************


“Assalamualaikum,” Afza segera menoleh. Kelihatan budak perempuan dan budak lelaki yang bernama Akim itu berdiri di hadapan rumahnya.

“Waalaikumussalam,” jawab Afza. Dia melemparkan senyuman. Mereka membalas ramah.

“Baru pindah sini ke,?” tanya budak perempuan itu. Afza hanya mengangguk.

“Aku Nur Syafirah, panggil aku Fira saja,” kata Fira sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Afza menyambut dengan ramah.

“Aku pula Muhammad Hakim, panggil aku Akim,” sambung Akim pula. Afza hanya memandangnya sambil tersenyum.

“Aku Putri Afza Shahrina nak panggil Putri boleh, nak panggil Afza boleh, nak panggil Rina pun boleh,” kata Afza ramah.

“Many choice, right?” usik Akim.

“Of course,”

“Afza boleh, cause that name is unique,” kata Akim.

“No problem, Akim,” jawab Afza. Tiba-tiba, ingatannya melayang pada peristiwa lalu.

**************


“Panjangnya nama kau, aku panggil kau Afza sajalah,”

“Aku tak kisah, tapi aku nak panggil kau apa?” tanya Afza kepada budak lelaki itu.

“Suka hati kau,” jawab budak lelaki itu.

***************


“Afza, kau dengar tak apa aku cakap ni!” jerit Fira. Afza tersentak dari ingatan masa lalunya.

“Maaf, apa kau cakap tadi?”

“Aku cakap, kenapa nama kau panjang sangat?” tanya Fira.

“Entah, mak aku yang bagi nama,” jawab Afza.

“Kau ni banyak songellah, dah mak dia nak bagi nama panjang, biarlah, hal remeh macam tu pun nak sibuk,” bebel Akim.

“Suka hati akulah, aku punya suka aku nak tanya apa,” bidas Fira sambil menjelirkan lidahnya kepada Akim.

“Kau berdua ni macam anjing dengan kucing tau tak,” akhirnya Afza besuara juga.

“Memang kita berdua macam ni, aku rasa lagi best macam ni, gempak sikit,” kata Akim. Afza hanya tersenyum tipis.

“Oi, kau berdua buat apa tu?” seorang budak lelaki yang sedang berbasikal menuju ke arah mereka.

“Eh, cepatnya kau sampai!” kata Fira dengan riak wajah terkejut.

“Salah ke kalau aku sampai cepat, datang cepat marah, kalau aku datang lambat lagi kau marah,” bebel budak lelaki itu. Akim dan Afza saling berpandangan. Akim hanya tersenyum tipis, malu pula dengan sikap rakan-rakannya itu.

“Yalah, aku syukur sangat sebab kau datang awal, puas?” sindir Fira.

“Sudahlah tu, tak malu ke depan Afza?” tanya Akim.

“Siapa Afza?” tanya Alim.

“Aku,”

“Oh, maaf! Aku tak perasan. Kenalkan aku Muhammad Nur Alim, panggil aku Alim,” kata Alim sambil menghadiahkan sekuntum senyuman. Afza membalas senyumannya. Namun, senyuman itu menyebabkan muncul sesuatu memori di dalam kotak fikirannya.

BERSAMBUNG...